Mrbebear2u.blogspot.com adalah merupakan kedai online yang mengkhususkan penjualan aneka teddy bear yang besar, comel dan unik khas untuk anda. Kami menawarkan perkhidmatan yang pantas dan segera. Bagi peminat dan pengumpul Teddy Bear, Mrbebear2u.blogspot.com adalah pilihan yang terbaik buat anda. Seperti anda juga, kami amat sayangkan dan meminati Teddy Bear baik dari generasi Teddy Bear klasik hingga ke modal dan rekabentuk terkini. Jika anda ada cadangan dan pandangan sila ajukan kepada kami. Kami amat berbesar hati berkongsi dengan anda.
Bagaimana kami boleh menjual dengan murah?
- Kami membeli dengan kuantiti yang banyak.
- Kami tidak perlu membayar sewa kedai dan gaji pekerja
- Kami yakin dengan harga dan kualiti produk dari kami akan membuatkan anda berpuas hati dengan produk yang diterima kerana KUALITINYA TIDAK PADAN DENGAN HARGA YANG ANDA BAYAR.
Bagaimana dengan penerimaan produk?
Untuk penghantaran kami menggunakan Kangaroo Worldwide Express dan juga Pos Ekspress bagi kawasan tertentu. jaminan produk anda akan sampai ke tangan anda dalam masa 1-3 hari bagi seluruh Malaysia. Sekiranya produk tidak sampai dalam 4-7 hari, anda boleh menghubungi kami di talian 017-671 2646, namun setakat ini barangan yang ditempah adalah selamat sampai dan tepat pada waktunya.
Bagaimana cara produk di hantar?
Kami menggunakan kotak yang dibaluti rapi agar produk selamat tiba dan elok keadaanya. Buat masa ini kami belum menyediakan pembungkusan dalam bentuk hadiah kerana ianya belum paraktikal untuk penghantaran melalui kurier. Jika ada sebarang perubahan anda akan dimaklumkan.
Adakah jaminan pulangan wang disediakan?
Jika ada sebarang masalah disebabkan tempahan tidak sampai dan ia merupakan kesilapan dan kecuaian pihak kami, sudah pasti kami akan memberikan pulangan wang anda. Kami akan memulangkan wang anda dua kali ganda dari jumlah asal. Amat penting untuk kami menjaga kualiti dan mutu perkhidmatan kami. Jika anda menghadapi masalah berhubung tempahan anda, sila hubungi kami untuk bantuan perkhidmatan.
Bagaimana dengan cara pembayaran?
Buat masa ini kami hanya menyediakan pembayaran melalui bank tempatan iaitu Cimb Bank. Kad kredit buat masa ini tidak disediakan. Jika ada merupakan pelanggan dari luar negara, dan ingin membuat tempahan, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk cadangan penghantaran dan pembayaran.
Kepercayaan Perniagaan
Mrbebear2u.blogspot.com adalah merupakan perniagaan online yang dijamin selamat dan berkredibiliti.
Mrbebear2u.blogspot.com berniaga secara online dan mempunyai pelanggan tetap dari seluruh Malaysia. Jika anda ada sebarang keraguan atau soalan, sila hubungi kami. Kepercayaan anda adalah nadi perniagaan kami.